Sabtu, 09 Juni 2012

Rangkuman Teknik Trading MPRC

Video bikin kandang: http://youtu.be/TxRooRPGYXo
ebook http://www.mediafire.com/?gnm8bx3vcjz211jcara bikin kandang https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.390696774285035&type=1cara bikin kandang juga https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.397499220271457&type=1csBP+alarm http://www.mediafire.com/?411m18i2nfr5eoocsBP+alarm.mq4 http://www.mediafire.com/?vum3lem3muokl7lcs leftTime http://www.mediafire.com/?v5t7a1la76rx75zprofit/loss_info http://www.mediafire.com/?ftsylj3v0dxzi04Scrypt trade http://www.mediafire.com/?la6mg9t6dws0q13
trade simulatorutk latihan offline mode hari sabtu & minggu : http://www.mediafire.com/?nk6o9nrgkjad6ks

Marking
Price  (MPRC)Bab  1Rajah 1 menunjukkan bagaimana untuk melihat Forex Market melalui konsep Pengembala Kambing. Melalui konsep ini, kita melihat Forex Market ini mempunyai beberapa komponen penting yang perlu kita ketahui iaitu Pengembala Kambing, Kandang, Kambing dan satu lagi komponen (ditanda………??) yang akan diterangkan di akhir Bab 1 ini.

Si Pengembala Kambing merupakan tuan bagi kandang serta kambing-kambing kepunyaannya. Dia inilah yang mengawal setiap kambing-kambing di dalam kandang. Si pengembala ini merupakan seorang yang mempunyai banyak kandang kepunyaannya yang terletak di lereng-lereng bukit. Dari kawasan bawah bukit, hinggalah dipuncak bukit, penuh dengan kandang-kandang kepunyaannya.  Dan  di  bawah  jagaannya,terdapat beribu kambing-kambing. Si pengembala mempunyai kuasa penuh terhadap kambing2     tersebut. Si Pengembala akan membawa kambing2nya dari satu kandang ke satu kandang yang lain, dari lereng bukit ke puncak bukit, semua mengikut kemahuannya.  Kambing2   ini seperti haiwan yang lain, ada masa  ia  mendengar  arahan  tuannya  dan  akan  ada  masa  yang  ia  akan bertindak di luar kawalan, cuba lari dari kandang yang telah disediakan. Jika berlaku seperti ini, sudah semestinya si pengembala itu akan memasukkan kembali kambing2    tersebut ke dalam kandang itu semula walau dengan apa cara sekalipun. Begitulah kisah si pengembala dan kambing2nya.

 Di Metatrader 4 (MT4) Instaforex server Europe (MPRC hanya menggunakan platform dan server ini untuk mengesan kehadiran BP di market), BP akan dikesan melalui body size Candlestick (Open-Close) di Timeframe H1 yang melebihi 30 Pips (29 masih dikira). Oleh itu, jika ada candlestick seperti ini diH1, makanya ia menunjukkan BP sedang bertindak di market.

Info : Lazimnya, BP hanya akan keluar maksima 3 kali sehari pada market yang normal. Jika telah ada BP keluar dengan size berganda, sebagai contoh,60 pips, lazimnya BP hanya akan keluar 2 kali pada hari tu, alasan mudahnya adalah, mereka telah menggunakan kuota pergerakan harian mereka.

 30+30+30=90 Pips (3 kali BP keluar),
 ini adalah sama jika 60+30=90 Pips (2 kali BP keluar)

Ini hanya teori mudahnya sahaja, perkara lazim yang berlaku, tetapi ia juga boleh berlaku sebaliknya di market.

 JANGAN TERSINGGUNG PERASAAN DENGAN
 PERUMPAMAAN KAMBING INI, KERANA ITULAH PERUMPAMAAN MENGGAMBARKAN REALITI YANG  SEBENAR YANG  BERLAKU DI FOREX MARKET. BELAJARLAH  TERIMA HAKIKAT INI JIKA ANDA  INGIN  BELAJAR MPRC.

 Di Metatrader 4 (MT4) Instaforex server Europe (MPRC hanya menggunakan platform dan server ini untuk mengetahui pergerakan Retail Traders di market), RT akan dikesan melalui body size Candlestick (Open-Close) di Timeframe H1 yang KURANG DARI 29 Pips. Oleh itu, jika ada candlestick seperti ini di H1, makanya ia menunjukkan ia adalah pergerakan dari RT.

Di Forex Market, kandang adalah range harga yang telah dikawalselia oleh BP dimana RT hanya boleh bergerak di dalam range tersebut. RT tidak boleh sama sekali bergerak keluar dari kandang tersebut tanpa kebenaran BP. Sekiranya ada RT yang cuba untuk melarikan diri dari kandang tersebut, nescaya BP akan membawa ia kembali ke dalam kandang asal, selagi mana BP tidak membenarkan perpindahan kandang berlaku.

Cuba bayangkan kisah si pengembala dan kambing2nya yang telah diceritakan di bahagian atas tadi, bagaimana seorang pengembala mempunyai banyak kandang-kandang di lereng bukit, si pengembala dengan kemahuannya akan memindahkan kambing2nya dari satu kandang, ke satu kandang yang lain.Begitulah juga konsepnya di Forex Market, dimana cuba anda bayangkan chart di MT4 itu adalah lereng bukit, pergerakan naik turun harga ibarat perpindahan kandang yang telah dibuat oleh BP dari kandang di atas bukit, ke kandang di lereng bukit yang lebih rendah

Gambar di atas hanya sebagai contoh untuk memberi gambaran bahawa turun naik harga di forex market adalah ibarat perpindahan kambing-kambing yang dibuat oleh si pengembala, dari satu kandang di kawasan tinggi, ke kandang di kawasan yang lebih rendah, dan menghasilkan pergerakan menurun price di chart MT4, begitulah sebaliknya. Semuanya adalah mengikut kehendak si pengembala.

Untuk memudahkan si pengembala mengawal pergerakan beribu-ribu kambing yang terlalu banyak, mereka membuat perancangan dalam membina kandang bagi kambing-kambing ini. Tujuan mereka, agar kambing2 ini sentiasa di dalam kawalan dan bergerak mengikut arahan. Oleh yang sedemikian, mereka membina kandang kecil di dalam kandang yang lebih besar.

 Ini bermaksud, setiap di dalam kandang yang lebih besar, akan ada beberapa kandang yang lebih kecil di dalamnya. Ini bermakna, pergerakan kambing adalah  lebih  teratur  dan  lebih  terkawal,  mereka  tidak  akan  sama  sekali bergerak  liar  ke  luar  kawasan  kerana  terlalu  banyak  kandang  yang  telah dibuat. Untuk mereka bergerak dari satu kandang besar ke kandang besar yang lain, mereka perlu melepasi banyak kandang kecil di dalam kandang besar tersebut. Oleh itu, kambing-kambing tidak akan sama sekali liar lebih dari had yang ditetapkan.

 Gambar di atas hanya contoh kasar bagaimana konsep kandang kecil di dalam kandang besar yang telah diterangkan di atas. Pergerakan kambing di dalam kandang BIRU adalah dikawal melalui kandang yang lebih kecil di dalamnya iaitu kandang HITAM. Begitu juga, pergerakan di dalam kandang KUNING adalah dikawal melalui kandang-kandang BIRU yang dibina didalam kandang KUNING tersebut. Bijak kan strategi si pengembala (Big Player) untuk mengawal kambing-kambingnya (Retail Traders)? Seliar mana pun kambing- kambing itu, sudah pasti tidak akan boleh melebihi had yang telah ditetapkan.Di  dalam  MPRC,  kandang-kandang  adalah  dikesan  melalui  penggunaanMULTIPLE TIMEFRAMES.

Kandang ini merupakan kandang paling besar yang meliputi seluruh kandang-kandang kecil yang dibina di kawasan bukit kepunyaan si pengembala.

 Kandang ini merupakan kandang yang lebih kecil dari kandang Monthly, didalam satu kandang Monthly akan ada beberapa kandang Weekly.

Kandang ini merupakan kandang yang lebih kecil dari kandang Weekly, didalam satu kandang Weekly akan ada beberapa kandang Daily.

Kandang ini merupakan kandang yang lebih kecil dari kandang Daily, di dalam satu kandang Daily akan ada beberapa kandang H4.Info : Kandang H1 juga sebenarnya wujud yang kita kenali sebagai MPRC1, tetapi ia lebih bersifat minor, penggunaan MPRC1 adalah lebih kepada untuk melihat pergerakan kecil di forex market, jika untuk trade, adalah lebih kepada scalping. Oleh itu, secara mudahnya untuk pembelajaran awal, kita hanya menggunakan timeframe H1  untuk  melihat kehadiran Big  Player  (BP)  dan  pergerakan Retail Traders (RT) di chart MT4, dan bukan sebagai kandang.

 Syarat UTAMA untuk mengesan kandang-kandang yang dibina oleh si pengembala adalah setiap kandang-kandang perlu mengikut hierarki yang telah ditetapkan seperti berikut.

Pada satu-satu masa itu, untuk kita mengesan dimana kandang-kandang yang kambing- kambing sedang berada pada masa itu, ia perlulah dikesan mengikut hierarki di atas. Kandang Weekly wajib berada di dalam kandang Monthly, kandang Daily wajib berada di dalam kandang Weekly, kandang H4 wajib berada di dalam kandang Daily.

 Gambar di atas menunjukkan bagaimana sekiranya tidak mengikut hierarki yang ditetapkan. Kandang H4 yang bertindih di atas kandang Daily, dan kandang Daily bertindih dengan kandang Weekly. Semasa anda ingin menentukan kandang-kandang terkini dimana kambing-kambing sedang berada, sekiranya terjadi pertindihan seperti di atas ini, makanya kandang- kandang yang anda kesan itu adalah SALAH.

 Fakeout adalah istilah yang biasa digunakan apabila price yang sebelumnya dilihat seperti akan breakout dari support/resistance, tapi hanya satu fakeout apabila ia kembali ke dalam support/resistance asal.

Anda cuba bayangkan pergerakan price seperti di atas sama seperti pergerakan price di chart MT4, lihat ia seperti pergerakan kambing dari satu kandang ke satu kandang yang lain di kawasan lereng bukit tersebut. Seperti di dalam gambar, price di bawa dari kandang di lereng bukit ke kandang yang berada di atas puncak bukit, dan terjadilah apa yang kita selalu sebutkan “UPTREND”. Kambing melalui kandang yang lebih kecil di dalam kandang yang lebih besar. Semuanya mengikut hierarki yang telah ditetapkan.Kambing-kambing   tidak   boleh   membuat   sesuka   hati,   setiap   keputusan   untuk pemindahan kambing adalah di tangan si pengembala (BP).

Si …………….. adalah ibarat Pemerhati bagi Si Pengembala kambing itu.
Dan kita di MPRC, kita bukan seperti kambing-kambing kepunyaan si pengembala, kita adalah pemerhati kepada si pengembala. Kita mengetahui setiap strategi si pengembala dalam mengawal kambing-kambingnya. Kita tahu bila si pengembala ingin menukarkan kandang kambing2nya. Kita tahu bila masanya ada kambing2  yang cuba melarikan diri dari kandang, dan kita tahu apa tindakan si pengembala untuk mengatasi keadaan seperti ini.

Selalu kita dengar 95% dari Forex Traders adalah gagal, hanya 5% yang berjaya. Anggaplah yang 95% itu adalah ibarat kambing-kambing tersebut, kita kini berada di dalam 5% itu, kerana kita bukan lagi seperti kambing2  di dalam kandang si pengembala, kita ni ibarat musuh dalam selimut si pengembala yang sentiasa tahu dan memerhatikan gerak geri “MEREKA”. InsyaAllah.

Nantikan Bab 2 e-book ini untuk penerangan yang lebih detail berkenaan Cara Marking Price dan Aplikasi MPRC dalam trading yang lebih terperinci. (Tengah kumpul input dan kefahaman untuk buat Bab 2 pula)

Sekian. Terima kasih.

1 komentar: